Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sensor 200MP Diperkenal Samsung, Benarkan Telefon Yang Gunakannya Lebih Nipis

Posted on Jun 27, 2022Jun 27, 2022

Samsung memperkenalkan sensor baharu mereka iaitu ISOCELL HP3 200MP yang hadir dengan 0.56-mikrometer (μm), terkecil dalam industri.

Terdahulu, sensor 108MP telah dibawakan mereka pada 2019.

ISOCELL HP3 ini 12% lebih kecil daripada model terdahulu dan mengandungi 200 juta piksel dalam 1/1.4” format optikal.

Samsung berkata ia mampu membenarkan pengurangan saiz modul kamera sekitar 20% dan bermakna telefon yang menggunakannya boleh menjadi lebih nipis daripada biasa.

Ciri Super QPD pula memastikan semua piksel sensor membantu fungsi autofokus. Sensor ini boleh merakam video 8K pada 30fps atau 4K 120fps.

Sumber: Samsung

Baca juga:

  • Samsung Australia Mengaku Bersalah Tentang Iklan Kalis Air, Diarah Bayar ~RM43 Juta
  • Samsung Hadap Saman, Guna Teknologi Bateri Telefon Pintar Tanpa Izin
  • Foto Gergasi Ini Dirakam Dari Sensor Kamera Samsung 200MP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress