Kita telah hampir ke penghujung tahun, jadi, di sini kami kongsikan senarai pelan prabayar (prepaid) internet tanpa had (unlimited) yang berbaloi pada 2023.
Namun, anda perlu cakna bahawa istilah “tanpa had” bukanlah bermaksud ia benar-benar tiada had. Akan tetapi, setiap syarikat telco pasti akan meletakkan kadar “FUP”.
Maksud FUP ialah Fair Usage Policy. Ia merupakan polisi yang menetapkan apabila pengguna mencapai had penggunaan data yang ditetapkan, kelajuan internet mereka akan berkurang berbanding kelajuan asal yang mana kebiasaan di Malaysia dihadkan sehingga 512kbps.
Berikut adalah senarai pelan daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.
Celcom
Celcom tawarkan 3 pelan internet tanpa had. Pelan ini merupakan pelan bulanan. Pelan ini juga anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM35 sebulan.
Antara yang ditawarkan adalah 3Mbps internet tanpa had, tambahan 3GB Hotspot dan kelajuan sehingga 100Mbps dengan 5G Booster.
Pelan paling mahal anda boleh dapatkan dengan harga RM48 sebulan. Antara yang ditawarkan 75GB 5G internet dengan kelajuan 100Mbps, 3Mbps internet tanpa had (5G & 4G), tambahan 6GB Hotspot dan panggilan suara tanpa had.
Untuk pelan mingguan, Celcom menawarkan dua jenis pelan iaitu pelan RM12 dan RM15. Untuk pelan RM12, anda boleh dapat kelajuan internet 3Mbps, panggilan tanpa had kepada semua rangkaian dan percuma 1GB Hotspot.
Untuk pelan RM15, anda boleh dapat kelajuan internet 6Mbps, panggilan tanpa kepada semua rangkaian dan percuma 2GB Hotspot.
Untuk pelan harian, anda boleh dapatkan pelan paling murah dengan harga RM1. Pelan tersebut menawarkan internet tanpa had selama 1 jam. Pelan paling mahal, anda boleh dapatkan dengan harga RM8. Pelan tersebut menawarkan internet tanpa had selama 24 jam.
Kadar FUP? Baik, untuk kadar FUP Celcom ini agak unik sedikit kerana mereka telah setarakan kadar FUP mengikut mingguan, bulanan dan bulanan dengan 5G bukan mengikut jenis pelan. Pelan harian tiada kadar FUP.
Untuk lebih jelas, anda boleh rujuk gambar di bawah:
Untuk makluman lanjut, sila rujuk pada laman web rasmi Celcom dan Celcom Help Centre.
Digi
Digi hanya menawarkan satu sahaja pelan internet tanpa had. Pelan tersebut berharga RM40 sebulan. Apa yang anda boleh dapatkan? Sudah semestinya internet tanpa had.
Selain itu, panggilan suara tanpa had dan 10GB tambahan Hotspot eksklusif dengan auto-renewal. Kadar FUP 300GB merupakan yang paling berbaloi antara syarikat-syarikat telco yang lain.
Anda juga boleh mendapatkan 5G Booster daripada pelan ini. Tawaran ini diberikan sehingga 4 Disember 2023. Untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya, boleh rujuk gambar di bawah:
Untuk makluman lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Digi dan Digi Help Centre.
Hotlink
Hotlink menawarkan pelan bulanan dan mingguan. Untuk pelan bulanan, anda boleh dapatkan serendah RM40 sebulan.
Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had kelajuan 6Mbps, Hotspot tanpa had dan panggilan suara tanpa had. Kadar FUP adalah 80GB. Untuk golongan belia, anda boleh mendapatkan 20% cashback dengan harga RM32.
Untuk pelan paling mahal, anda boleh dapatkan pada harga RM55 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan akses 5G kelajuan 12Mbps, Hotspot tanpa had dan panggilan suara tanpa had. Kadar FUP pula adalah 100GB. Untuk golongan belia, anda boleh mendapatkan 20% cashback dengan harga RM44.
Untuk pelan mingguan pula, Hotlink hanya menyediakan satu pelan sahaja iaitu RM12 seminggu. Pelan ini menawarkan internet tanpa had kelajuan 3Mbps, Hotspot tanpa had dan panggilan suara tanpa had. Kadar FUP adalah 20GB.
Untuk makluman lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Hotlink dan FAQ Hotlink.
TuneTalk
Tune Talk menawarkan pelan tahunan dan bulanan.
Pelan Tahunan:
Pelan Fokus 33 adalah pelan termurah dengan harga RM396 atau bayar RM33 secara bulanan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan 6Mbps, panggilan suara tanpa had kepada semua rangkaian dan tambahan 4GB Hotspot. Kadar FUP adalah 60GB.
Pelan Bebas 55 merupakan pelan termahal dengan harga RM660 atau bayar RM55 secara bulanan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan 18Mbps, panggilan suara tanpa kepada semua rangkaian dan Hotspot tanpa had. Kadar FUP adalah 100GB.
Pelan Bulanan:
Pelan Molek 25 adalah pelan termurah dengan harga RM20 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps, panggilan suara tanpa had kepada semua rangkaian, sembang tanpa had dan Hotspot 30GB Base Quota. Kadar FUP adalah 30GB. Pelan ini hanya terdapat di Pantai Timur sahaja.
Pelan BestBasic 28 adalah pelan termahal dengan harga RM28 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps, panggilan suara tanpa had kepada semua rangkaian, sembang tanpa had dan Hotspot 30GB Base Quota.
Kadar FUP adalah 30GB. Selain itu, terdapat juga tambahan kredit RM5 untuk International Direct Dial (IDD).
Untuk makluman lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Tune Talk.
U Mobile
U Mobile menawarkan 4 pelan internet tanpa had. Hanya pelan bulanan sahaja yang ditawarkan.
Anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM25 sebulan. Apa yang ditawarkan pada pelan U25 adalah internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps dan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian. Kadar FUP adalah 30GB.
Selain itu, pelan ini turut menawarkan kelajuan rangkaian 4G/5G tanpa had selama 1 jam untuk 1 hari bersamaan 30 jam untuk 1 bulan.
Untuk pelan yang paling mahal pula, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM50 sebulan. Apa yang ditawarkan pada pelan U50 adalah internet tanpa had dengan kelajuan 12Mbps, panggilan suara tanpa had pada semua rangkaian, Hotspot tanpa had dan rangkaian 5G tanpa had pada hujung minggu. Kadar FUP adalah 100GB.
Untuk makluman lanjut, boleh rujuk laman web rasmi U Mobile dan FAQ U Mobile.
Unifi
Unifi menawarkan 5 pelan internet tanpa had iaitu bulanan, mingguan, harian, 2 jam dan larut malam.
Pelan Bulanan:
Pelan ini satu-satunya pelan yang menawarkan internet tanpa had. Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM35 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet 4G/5G tanpa had, panggilan suara tanpa had dan 5GB Hotspot dengan tambahan RM2 untuk rangkaian 5G tanpa had. Kadar FUP adalah 60GB.
Pelan Mingguan:
Untuk pelan mingguan, hanya satu pelan sahaja yang ditawarkan dengan harga RM12. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dan 3GB Hotspot. Kadar FUP adalah 20GB.
Pelan Harian dan 2 Jam:
Untuk pelan harian, anda boleh dapatkannya dengan harga RM3. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dan 1GB Hotspot. Kadar FUP adalah 10GB.
Untuk pelan 2 jam pula, anda boleh dapatkan dengan harga RM2. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had sahaja. Tiada data tambahan untuk Hotspot dan tiada kadar FUP.
Pelan Larut Malam:
Pelan ini merupakan pelan istimewa yang ditawarkan oleh Unifi khusus untuk mereka yang suka berjaga sampai esok pagi. Pelan ini boleh didapatkan dengan harga RM3. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kadar kelajuan 2 kali ganda daripada pelan lain. Kadar FUP adalah 5GB. Pelan ini juga tersedia selama 6 jam bermula dari 2am hingga 8am.
Untuk makluman lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Unifi dan FAQ Unifi.
Yes 5G
Yes 5G hanya menawarkan satu pelan sahaja. Pelan ini anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM30. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had tanpa FUP, panggilan suara tanpa had, kelajuan rangkaian 5G tanpa had dan 12GB Hotspot dengan rangkaian serta kelajuan tanpa had.
Untuk makluman lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Yes 5G, FAQ Yes 5G dan FUP Yes 5G.
Yoodo
Yoodo menawarkan dua pelan internet tanpa had. Pelan ini anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM35 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps, 6GB Hotspot, 2GB data perayauan (roaming), 100 minit panggilan suara dan 20GB data berkelajuan tinggi untuk PUBG Mobile. Tiada kadar FUP.
Untuk pelan yang paling mahal pula, anda boleh dapatkan dengan harga RM43 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan 6Mbps, 6GB Hotspot, 2GB data perayauan (roaming), 100 minit panggilan suara dan 20GB data berkelajuan tinggi untuk PUBG Mobile. Tiada kadar FUP.
Untuk makluman lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Yoodo dan Support Yoodo.
Kesimpulan
Dalam pemilihan pelan internet, memang kita memilih yang paling murah dan berbaloi. Akan tetapi kami menasihatkan agar pastikan telco itu mempunyai liputan baik di kawasan anda menetap atau bekerja.
Setelah itu, barulah pilih pelan yang berbaloi. Ini kerana ia dapat mengelakkan kita daripada membeli pelan yang murah tetapi tiada liputan atau liputan yang teruk.
{suggest}