Pelan pascabayar merupakan pelan yang jarang diambil oleh kebanyakkan pengguna telco. Hal ini kerana, ianya sudah tentu akan termasuk dalam komitmen bulanan.
Jadi, kebanyakkan pengguna akan lebih memilih pelan prabayar berbanding pascabayar. Namun, terdapat juga segelintir pengguna yang memilih untuk menggunakan pelan pascabayar atas sebab-sebab tertentu seperti boleh masukkan sekali bil langganan platform penstriman dalam bil pelan pascabayar.
Selain itu, terdapat juga beberapa syarikat telco yang menawarkan pembelian telefon pintar secara ansuran dan bil tersebut akan dimasukkan sekali ke dalam bil pelan pascabayar anda.
Namun, anda jangan sangka pascabayar tiada FUP. Ada, tetapi berbeza mengikut telco.
Jadi, untuk artikel kali ini, kami akan senaraikan beberapa pelan pascabayar internet tanpa had yang ditawarkan pada tahun 2023 untuk dilanggan oleh anda mengikut syarikat penyedia telekomunikasi.
Celcom
Pelan Celcom pascabayar terbahagi kepada dua iaitu Celcom Mega dan Celcom Xpax Postpaid.
Jika anda tidak mahu terbeban dengan komitmen, maka pilihlah pelan Celcom Xpax Postpaid kerana pelan ini tidak terlalu mahal jika hendak dibandingkan dengan Celcom Mega yang harganya rata-rata berada pada angka RM100 ke atas.
Celcom Mega
Ada 4 pelan untuk Celcom Mega. Anda boleh dapatkan dengan harga RM98 sebulan untuk pelan yang paling murah. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan 15Mbps, 15GB Hotspot, percuma 30GB Hotspot tambahan dengan Freedom Add-Ons dan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian.
Selain itu, video HD (720p), gaming dan muzik berkualiti tinggi tanpa had turut ditawarkan. Untuk khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dikenakan caj 20sen bagi setiap satu SMS yang dihantar. Had kredit sehingga RM350.
Untuk pelan paling mahal pula, anda boleh dapatkan dengan harga RM188 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan tanpa had 2TB, percuma data perayauan di 23 negara dan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian.
Selain itu, video 4K, gaming dan muzik berkualiti tinggi tanpa had turut ditawarkan. Untuk khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dikenakan caj 20sen bagi setiap satu SMS yang dihantar. Had kredit sehingga RM600.
Bagaimana dengan kadar FUP? Kami sudah membuat carian tentang kadar FUP yang dikenakan untuk pelan ini, namun tiada kadar yang spesifik dikenakan.
Celcom Xpax Postpaid
Untuk Celcom Xpax Postpaid, hanya satu pelan internet tanpa had sahaja yang ditawarkan dengan RM65 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan 1oMbps untuk penstriman video HD.
Selain itu, panggilan tanpa had kepada semua rangkaian, percuma 10GB Hotspot dan tambahan 20GB Hotspot percuma. Kadar FUP adalah 1000GB. Untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), caj 20sen akan dikenakan bagi setiap satu SMS yang dihantar. Had kredit sehingga RM230.
Untuk makluman lanjut, sila rujuk laman web rasmi Celcom Help Centre, Celcom FUP dan Celcom FAQ.
Digi
Digi menawarkan dua pelan internet tanpa had. Untuk pelan paling murah, anda boleh dapatkan pada harga RM60 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan 6Mbps, percuma 10GB Hotspot, RM5 pelan rebat dan 5GB internet berkelajuan tinggi.
Selain itu, panggilan suara tanpa had kepada semua rangkaian turut ditawarkan. Kadar FUP 600GB. Untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), caj 10sen dikenakan bagi setiap satu SMS yang dihantar. Had kredit sehingga RM165.
Untuk pelan paling mahal, anda boleh dapatkan dengan harga RM70 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan kelajuan 12Mbps, percuma 10GB Hotspot, RM15 rebat pelan dan 15GB internet berkelajuan tinggi.
Selain itu, panggilan suara tanpa had turut ditawarkan kepada semua rangkaian. Kadar FUP 600GB. Untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), caj 10sen dikenakan bagi setiap satu SMS yang dihantar. Had kredit sehingga RM225.
Untuk makluman lanjut, sila rujuk laman web rasmi Digi dan Digi Help Centre.
CelcomDigi
CelcomDigi menawarkan empat pelan pascabayar data tanpa had. Harga paling murah untuk pelan ini adalah RM110 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan rangkaian 5G berkelajuan 300Mbps, 20GB Hotspot dan diskaun 50% data perayauan di seluruh dunia.
Selain itu, tiada had panggilan suara dan untuk khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dikenakan caj 20 sen untuk setiap satu SMS yang dihantar. Kadar FUP bagi pelan ini adalah 300GB.
Untuk pelan paling mahal pula berharga RM250 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah internet tanpa had dengan rangkaian 5G berkelajuan maksimum, Hotspot tanpa had dan diskaun 50% data perayauan di seluruh dunia.
Selain itu, tiada had panggilan suara dan untuk khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap satu SMS yang dihantar. Kadar FUP bagi pelan ini adalah 2TB.
Untuk makluman lanjut, sila rujuk laman web rasmi CelcomDigi, CelcomDigi Help Centre
Yes 5G
Yes 5G menawarkan 4 pelan. Untuk yang paling murah, anda boleh dapatkan dengan harga RM58 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah data tanpa had dengan kelajuan tanpa had, 20GB mobile hotspot, panggilan suara tanpa had dan talian tambahan tersedia.
Tiada kadar FUP. Untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), caj 9sen akan dikenakan bagi setiap satu SMS yang dihantar kepada rangkaian lain. Untuk antara rangkaian YES 5G, tiada caj dikenakan dan tanpa had. Untuk had kredit pula, pihak YES 5G tidak menyatakannya.
Untuk pelan yang paling mahal pula, anda boleh dapatkan dengan harga RM178 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah data tanpa had dengan kelajuan tanpa had, 110GB Hotspot, panggilan suara tanpa had dan talian tambahan tersedia.
Tiada kadar FUP. Untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), caj 9sen akan dikenakan bagi setiap satu SMS yang dihantar kepada rangkaian lain. Untuk antara rangkaian YES 5G, tiada caj dikenakan dan tanpa had. Untuk had kredit pula, pihak YES 5G tidak menyatakannya.
Akhir sekali, Yes 5G turut memberikan percuma data perayauan (roaming) 5G tanpa had di Singapura untuk keempat-empat pelan Yes 5G.
Untuk makluman lanjut, sila layari laman web rasmi Yes 5G, FAQ Yes 5G dan FUP Yes 5G.
Unifi
Unifi pada awalnya tidak menawarkan pelan pascabayar data tanpa had. Namun, bermula 1 November 2o23, pihak Unifi menawarkan pelan pascabayar data tanpa had sehingga 31 Januari 2024. Terdapat dua pelan iaitu pelan individu dan pelan keluarga.
Pelan Individu
Ini merupakan pelan individu asal Uni5G. Pelan asal seperti gambar di atas, tidak menawarkan data tanpa had.
Ini merupakan pelan yang ada promosi data tanpa had. Untuk yang paling murah, anda boleh dapatkan dengan harga RM69 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah data 5G tanpa had selama 24 bulan, panggilan suara tanpa had dan kontrak 24 bulan untuk peranti yang ditawarkan.
Selain itu, kuota untuk Hotspot mengikut had data yang ditawarkan. Untuk SMS pula, caj 15 sen akan dikenakan bagi setiap satu SMS yang dihantar. Had kredit sehingga RM250.
Untuk pelan yang paling mahal, anda boleh dapatkan dengan harga RM99 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah data 5G dan 4G tanpa had yang kekal, panggilan suara tanpa had dan kontrak 24 bulan untuk peranti yang ditawarkan.
Selain itu, kuota untuk Hotspot mengikut had data yang ditawarkan. Untuk Khidmat Pesanan Ringkas pula, caj 15 sen akan dikenakan bagi setiap satu SMS yang dihantar. Had kredit sehingga RM350.
Kadar FUP tidak dinyatakan oleh pihak Unifi.
Pelan Keluarga
Ini merupakan pelan keluarga asal Uni5G. Pelan ini juga tidak menawarkan data tanpa had pada asalnya (rujuk gambar di atas).
Ini merupakan pelan yang ada promosi data tanpa had. Untuk yang paling murah, anda boleh dapatkan dengan harga RM129 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah data 5G dan 4G tanpa had, panggilan suara tanpa had dan kontrak 24 bulan untuk peranti yang ditawarkan.
Selain itu, kuota Hotspot mengikut had data yang ditawarkan. Untuk Khidmat Pesanan Ringkas pula, caj 15 sen akan dikenakan bagi setiap satu SMS yang dihantar. Had kredit sehingga RM460.
Untuk pelan yang paling mahal, anda boleh dapatkan dengan harga RM189 sebulan. Apa yang ditawarkan adalah data 5G dan 4G tanpa had, panggilan suara tanpa had dan kontrak 24 bulan untuk peranti yang ditawarkan.
Selain itu, kuota Hotspot mengikut had data yang ditawarkan. Untuk Khidmat Pesanan Ringkas pula, caj 15 sen akan dikenakan bagi setiap satu SMS yang dihantar. Had kredit sehingga RM670.
Kadar FUP tidak dinyatakan oleh pihak Unifi.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web UniFi dan FAQ UniFi.
U Mobile
Untuk U Mobile, ia agak unik sedikit. Walaupun tiada pelan data tanpa had, namun U Mobile menawarkan pelan dengan 1000GB data bersamaan dengan 1TB.
Jadi, kami memilih untuk masukkan sekali pelan ini ke dalam artikel kerana ia ada persamaan dengan pelan Xpax Postpaid yang mempunyai kadar FUP 1000GB.
Untuk Hotspot pula, U Mobile mempunyai persamaan seperti Unifi iaitu data Hotspot mengikut had data yang diberikan. Selain itu, pelan ini turut menawarkan panggilan suara tanpa had, percuma data perayauan di 63 destinasi dan percuma panggilan masuk apabila berada di luar negara.
Untuk had kredit, tidak dinyatakan oleh pihak U Mobile.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web U Mobile dan FAQ U Mobile.
Rumusan
Kesimpulannya, anda jangan tertipu dengan harga yang ditawarkan sebaliknya anda perlu memastikan bahawa telco tersebut mempunyai rangkaian atau jaringan yang kuat terlebih dahulu sebelum memilihnya.
Hal ini kerana, bukan semua pelan telco yang murah mempunyai rangkaian yang baik. Jadi, semak terlebih dahulu liputan di kawasan anda. Kemudian, baru pilih pelan yang berbaloi mengikut kemampuan anda.
{suggest}