Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Senarai Ciri Terbaharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Diterima

Posted on Disember 13, 2022Disember 13, 2022

Beberapa ciri terbaharu telah pun dilepaskan kepada pengguna WhatsApp untuk iOS dan Android. Antaranya termasuk undian, ikon profil dalam chat kumpulan dan sebagainya.

Berikut disenaraikan ciri terbaharu di WhatsApp yang sepatutnya anda sudah terima. Bagi yang belum menerimanya pula tidak perlu khuatir kerana kebiasaannya WhatsApp akan melepaskan ciri baharu secara berperingkat.

1. ‘Undo’ mesej yang telah dipadam

WhatsApp pada November lalu telah menawarkan ciri yang membolehkan pengguna untuk memulihkan kembali (undo) mesej yang telah dipadam.

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna membatalkan mesej yang dipadam. Ianya berguna dalam keadaan tertentu seperti jika tersalah memadam “Delete for Me” berbanding sepatutnya memilih “Delete for Everyone”.

2. Penambahbaikan hantar mesej kepada diri sendiri

WhatsApp telah menambahbaik ciri menghantar mesej kepada diri sendiri, yang membolehkannya diakses lebih mudah.

Tanpa perlu menyimpan nombor telefon terlebih dahulu atau menggunakan alternatif lain seperti pautan dan sebagainya, ianya kini sudah tersedia secara automatik di bahagian senarai kenalan.

3. Buat undian

Pengguna WhatsApp sepatutnya sudah pun menerima ciri yang membolehkan undian (poll) dibuat dalam perbualan individu mahupun kumpulan.

Untuk mengetahui cara membuat undian, ianya boleh dilakukan dengan mengikut langkah di pautan ini.

4. ‘Forward’ media dengan kapsyen asal

Jika sebelum ini, mungkin timbul isu seperti kapsyen tertinggal dan sebaliknya hanya media yang dihantar apabila memajukan (forward) mesej dengan info tertentu atau perlu membuat salinan dan sebagainya terlebih dahulu.

Melalui ciri baharu ini, ia membolehkan pengguna memajukan media dengan kapsyen asal.

5. Paparan ikon profil dalam ‘chat‘ kumpulan

WhatsApp juga sudah pun mula menawarkan ciri paparan gambar profil dalam ruangan sembang kumpulan.

Perincian mengenai ciri tersebut boleh dibaca melalui pautan ini.

6. Tetapkan avatar sebagai gambar profil dan ‘sticker‘

Pengguna sudah pun boleh menetapkan avatar pada aplikasi WhatsApp, yang mana ciri itu sebelumnya telah ditawarkan di Facebook dan Instagram.

Dengan ciri ini, avatar tersebut boleh ditetapkan sebagai gambar profil atau menggunakannya sebagai pelekat (sticker) yang mempunyai lebih 36 gaya dengan pelbagai emosi.

Bagi anda yang belum melakukannya, ikut sahaja panduan ini untuk menghasilkan avatar di WhatsApp.

Dalam senarai di atas, adakah anda sudah pun menerima semua ciri tersebut dan ciri mana yang paling menarik perhatian anda? Kongsikan dengan kami dengan meninggalkan komen anda.

{suggest}

Anda juga boleh melihat ciri yang sudah pun diterima sebelumnya di pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress