Canon Marketing Malaysia telah melanjutkan kerjasama dengan Taman Tugu bertepatan dengan minggu Hari Bumi Sedunia.
Seramai 60 pekerja dan keluarga menjayakan pelbagai aktiviti bertujuan menghargai alam semula jadi dan pemuliharaan alam sekitar.
Secara tidak langsung, Canon Malaysia turut menganjurkan Bengkel Eko Interaktif yang disertai oleh 10 kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit dengan mempamerkan dedikasi syarikat.
Bengkel ini dipimpin oleh pencerita terkenal, Nor Azhar Ishak iaitu pengarang buku yang berkerjasama dengan Canon “A Kid’s Guide to Save Planet Earth”.
Bukan itu sahaja, kakitangan Canon turut mengambil bahagian dalam bengkel kitar semula baju-T bersempena dengan tema Hari Bumi Sedunia tahun ini.
Mereka mengitar semula tekstil seperti sisa plastik. Bengkel ini dijalankan dengan kerjasama Zero Waste Malaysia, menonjolkan komitmen Canon untuk menyokong organisasi bukan untung tempatan.
Tambahan pula, Canon yang dikatakan sebagai pemenang enam kali Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia telah terlibat secara mendalam untuk pemuliharaan alam sekitar dengan menggunakan pokok di Taman Tugu.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada inisiatif ‘One Canon One Tree’ yang berterusan serta telah menyaksikan lebih 9,000 pokok ditanam sejak 2016 dan akan terus berkembang tahun ini.
Inisiatif ini selaras dengan prinsip ‘Imaging for Good’ Canon, yang melaluinya syarikat berusaha untuk meninggalkan warisan mampan yang memberi manfaat kepada manusia dan planet.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Canon Malaysia