Kementerian Kewangan (MOF) kini mengumumkan tarikh semakan status kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 boleh dibuat mulai 26 Jun 2023.
{suggest}
Bagi pemohon yang layak dan mempunyai akaun bank, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bermula 26 Jun hingga 5 Julai 2023, secara berperingkat.
Manakala semua penerima yang tiada akaun bank boleh menerima pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023.
Semakan status kelulusan STR Fasa 3 boleh dibuat menerusi portal rasmi STR bermula 26 Jun 2023.
Bagi permohonan baru STR 2023 yang berstatus tidak lulus, permohonan rayuan akan dibuka mulai 3 Julai hingga 31 Julai 2023 melalui portal rasmi STR.
Sumber: Kementerian Kewangan