Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Telegram App Store

Selepas Seminggu Tutup Kedai Di Turki, Kini Apple Naikkan Harga Produk

Posted on November 29, 2021

Minggu lalu, Apple telah mengambil keputusan untuk menghentikan jualan semua produk mereka di Turki sama ada di kedai fizikal mahupun dalam talian.

Terbaru, Apple kembali menjual produk mereka melalui dalam talian namun dengan harga kira-kira 25% lebih tinggi. Harga iPhone 13 daripada 11,999 lira (RM4,010) kini dijual pada 14,999 lira (RM5,013).

Hal ini disebabkan mata wang Turki yang merudum teruk sejak beberapa minggu ini hingga mencatat rekod terendah. Kedudukan mata wang Turki semakin goyah selepas Erdogan kekal untuk enggan menaikkan kadar faedah.

Sewaktu artikel ini ditulis, 1 lira Turki bersamaan RM0.30 atau USD0.08. Kadar inflasi di sana kini hampir mencapai 20% dan barangan keperluan mereka turut mengalami kenaikan harga seperti yang berlaku di Malaysia hari ini.

Sumber: MacRumors

Baca juga:

  • Tingkatkan Lagi Pengeluaran Cip, Taiwan Gesa Jepun Labur Lebih Banyak
  • Xiaomi Akui Telefon Ini Punca Jualan Mereka Menurun
  • Apple Saman Syarikat Pengawasan Israel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress