Menurut analisis LinkedIn, Google ialah majikan pilihan untuk bekas pekerja Apple selepas mereka meletak jawatan.
Dalam analisisnya, mendedahkan pekerja Apple yang meletak jawatan kemungkinan besar akan menyertai Google berbanding menyertai syarikat teknologi lain, seperti Amazon dan Meta.
Berikut adalah syarikat teratas yang menjadi pilihan bekas pekerja Apple selepas mereka meletak jawatan dari syarikat itu menurut kajian tersebut:
- Amazon
- Meta
- Microsoft
- Tesla
- Nvidia
- Salesforce
- Adobe
- Intel
- Oracle
Analisis itu juga mendedahkan syarikat-syarikat yang kebanyakan pekerja datang sebelum mereka menyertai Apple. Berikut adalah senarainya:
- Intel
- Microsoft
- Amazon
- IBM
- Oracle
- Tesla
- Nvidia
- Adobe
- Meta
Apa yang turut menarik perhatian dari kajian itu adalah, Apple mempunyai kadar pengambilan pekerja terendah berbanding syarikat teknologi lain
Apple didapati hanya mengambil sejumlah 5.7% sahaja pekerja daripada syarikat gergasi teknologi lain, secara dramatik adalah lebih rendah daripada Meta 26.5%, Google 21.5%, dan peratus Salesforce 20.7%.
{suggest}
Sumber: Switch On Business