2 Minggu lalu, laman stor permainan Epic Games telah menawarkan muat turun secara percuma untuk judul permainan komputer ‘Star Wars Battlefront 2: Celebration Edition‘.
Dalam tempoh ia ditawarkan secara percuma iaitu dari 14 Januari hingga 21 Januari 2021 lalu, judul permainan tersebut telah dimuat turun oleh lebih daripada 19 juta pemain.
More than 19M PLAYERS got #StarWarsBattlefrontII from the Epic Game Store promo!🤯Thank you so much for the continued support, even after our final content drop! We’ll watch your careers with great interest! May the Force be with you, troopers! pic.twitter.com/fC4A92HLNN
— EA Star Wars (@EAStarWars) January 25, 2021
Berikutan muat turun secara besar-besaran itu, ia telah menyebabkan beberapa masalah kepada pelayan sehingga memaksa EA menambah kapasiti pelayan mereka.
Pemain yang berjaya memuat turun promosi percuma ‘Star Wars Battlefront 2: Celebration Edition‘ itu boleh mengakses kesemua kandungan dan kemas kini terbaru bagi permainan tersebut.
Selepas tamat promosi, judul permainan itu kini kembali dijual pada harga USD39.99.
‘Star Wars Battlefront 2: Celebration Edition‘ hanya ditawarkan untuk platfom sistem operasi 64bit Windows 7 SP1, Windows 8.1 dan Windows 10.
Sumber: IGN