Probe Ekspres Marikh milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah menerima kemas kini baharu buat kali pertama sejak 2003 untuk sistem operasi Windows 98-nya. Kemas kini tersebut dibuat untuk meningkatkan peluang probe itu untuk menemui air di planet ‘merah’ tersebut.
How do you update Windows 98 on a spaceship orbiting Mars? @esa is doing it for Mars Express, after 19 years. https://t.co/DRWtuaqo22 pic.twitter.com/xxkDz5GrL1
— Chris Hadfield (@Cmdr_Hadfield) June 22, 2022
Probe ini dilancarkan pada 2003 di bawah misi MARSIS (Mars Advanced Radar for Subsurface and Ionosphere Sounding) dan dipadankan sistem operasi Windows 98 untuk tugasan mencari sumber air di Marikh.
Kemas kini tersebut memberikan kod baharu untuk probe ini seperti meningkatkan penerimaan isyarat dan pemprosesan data untuk menambahkan bilangan dan kualiti data sains yang akan dihantar ke Bumi.
Hal ini demikian, ESA telah menerima data beresolusi rendah yang menunjukkan kehadiran air dikawasan selatan Marikh. Oleh itu, kemas kini tersebut sangat penting untuk kajian dan mengesahkan sama ada Marikh merupakan ‘rumah’ kepada sumber air yang baharu.
Sumber: European Space Agency
Gambar utama: European Space Agency