Maybank memaklumkan sejumlah perkhidmatan tidak akan tersedia sepanjang tempoh pelaksanaan penyelenggaraan sistem pada Sabtu, 8 Julai 2023.
{suggest}
Menurut Maybank, antara perkhidmatan yang terlibat termasuk Maybank2u, perbankan mudah alih Maybank2u, perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri (SST).
Kesemua perkhidmatan ini tidak akan beroperasi pada 8 Julai 2023, dari jam 3.00 pagi sehingga 10.00 pagi.
Sehubungan itu, pengguna disarankan untuk merancang transaksi perbankan bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam tempoh penyelenggaraan tersebut.
Sumber: Maybank