Proses eksport telefon vivo di seluruh dunia kini dijangka akan terkesan berikutan insiden kebakaran telefon pintar jenama itu di lapangan terbang di Hong Kong. Ini kerana, syarikat penerbangan kargo di Hong Kong dilaporkan telah menghentikan semua eksport telefon pintar vivo ke luar negara itu, buat sementara waktu.
Dalam kejadian yang berlaku beberapa hari lepas, kebakaran itu dikatakan melibatkan palet yang mengandungi sebilangan besar vivo Y20. Dilaporkan juga, kesemua peranti tersebut dalam persediaan untuk dieksport ke Bangkok, Thailand melalui Hong Kong Air Cargo.
https://twitter.com/SoloShokeen/status/1381337540452446208
This is what the pallet was supposedly carrying, VIVO smartphones. Most probably a lithium battery issue similar to that Samsung Note problem from sometime ago.
Lithium batteries are a "Dangerous good" capable of igniting spontaneously under heat or physical damage. pic.twitter.com/ktxtwjde3w— Andre Quiros (@flyingheavy747) April 11, 2021
Buat masa ini, pihak berkuasa belum lagi mendedahkan punca kebakaran. Dalam pada itu, tidak dapat dipastikan bilangan sebenar peranti vivo yang telah musnah dalam kebakaran tersebut.
Bagi pihak vivo, belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan berhubung insiden berkenaan.
Kemaskini – Pihak vivo menyatakan kepada sumber bahawa mereka sudah maklum mengenai kejadian tersebut. Pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dan akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk mengenal pasti punca berlakunya kebakaran tersebut. Pengeluar juga berjanji akan memberitahu perkembangan terkini kepada media dan umum dari masa ke masa.
Sumber: Android Authority