Seagate Technology kini memaklumkan pihaknya merancang untuk mengurangkan 8% daripada tenaga kerja di seluruh dunia.
Dalam laporan suku pertama fiskal 2023, Seagate menyatakan Lembaga Pengarah Syarikat baru-baru ini telah meluluskan pelan penstrukturan semula untuk mengurangkan struktur kos. Ia bagi menyelaraskan keperluan operasi syarikat dengan lebih baik, mengambil kira keadaan ekonomi semasa.
{suggest}
Pelan itu termasuk memberhentikan bilangan pekerja kira-kira 3,000 di seluruh dunia, atau 8% daripada tenaga kerja global, serta langkah-langkah penjimatan kos yang lain.
Dalam pada itu, Seagate menjangkakan pelan penstrukturan semula berkenaan akan menjimatkan kira-kira $110 juta (~RM518 juta) setahun, bermula suku ketiga fiskal 2023.
Perancangan Seagate untuk memberhentikan pekerja ini memberikan petanda terbaharu bahawa permintaan untuk PC dan pelayan awan adalah semakin merosot.
Gambar utama: Hypebeast
Sumber: CNBC