Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini telah dijadikan salah satu medium untuk penjenayah dalam talian menipu mangsa mereka. Scammer akan menggunakan AI dengan mengubah suara mereka menjadi suara orang yang dikenali mangsa.
Jadi, mangsa akan mudah terpedaya dengan apa yang mereka dengar sekali gus melancarkan lagi modus operandi penjenayah. Untuk pengetahuan pembaca, AI boleh mengambil beberapa ayat daripada sampel audio dan mengubahnya menjadi rakaman audio penuh. Kemudian, menjualnya dengan harga murah.
Selain daripada mengubah suara, scammer juga boleh mengubah wajah mereka menjadi orang yang dikenali oleh mangsa menggunakan teknologi AI. Modus operandi ini dilakukan melalui panggilan video.
Pihak PDRM dan juga Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Marzunisham Omar mengingatkan masyarakat diluar sana untuk tidak memandang rendah kemampuan penjenayah siber pada alaf moden ini. Sentiasa cakna dengan perkembangan semasa supaya kita tidak menjadi mangsa seterusnya.
{suggest}
Sumber: Royal Malaysia Police, Sinar Harian