Mula dilaporkan sejak Jun lalu, WhatsApp kini memperkenal satu lagi ciri seumpama Telegram, yang memberikan keupayaan kepada pengguna untuk pin mesej dalam sembang individu dan kumpulan.
{suggest}
Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna pin mana-mana perbualan – teks, undian, imej atau emoji dalam sembang individu atau kumpulan. Bagaimanapun, pengguna hanya boleh pin satu mesej dalam satu masa.
Bagi sembang berkumpulan, pentadbir boleh memilih sama ada mana-mana ahli boleh pin mesej atau hanya terhad untuk pentadbir sahaja.
introducing Pinned Messages 📌 now everyone can stay on top of a chat by keeping the important messages up top 🙌 pic.twitter.com/nDcsgoJyga
— WhatsApp (@WhatsApp) December 12, 2023
Untuk pin mesej, ia boleh dilakukan dengan tekan lama pada mana-mana mesej dan pilih “Pin”. WhatsApp menyediakan pilihan tempoh pin mesej – 24 jam, 7 hari (merupakan pilihan default), dan 30 hari.
Seperti ciri baharu lain, pin mesej dilancarkan secara berperingkat untuk pengguna iOS, Android, Web dan Desktop dengan versi terkini WhatsApp.
Minggu lalu, WhatsApp memperkenal keupayaan hantar mesej suara dengan ciri view once.
Sumber: TechCrunch