Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidifitri 2024, Samsung Malaysia telah menawarkan promosi dipanggil ‘The Ultimate Duo’, yang mana ia memberikan dua pilihan varian potongan harga dan setiap varian mengandungi Samsung Galaxy S23 Ultra.
Sebagai ringkasan, telefon ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan sokongan 12GB RAM serta pilihan storan 256GB dan 512GB.
Selain itu, ia juga hadir dengan skrin AMOLED 6.8 inci berkadar segar semula 120Hz dan resolusi 3088 x 1440 serta kamera utama 200MP.
{suggest}
Untuk promosi ini, Galaxy S23 Ultra (12GB + 256GB) akan dijual bersama produk monitor Odyssey G9 (G95SC) OLED DQHD bersaiz 49 inci dan mempunyai kadar segar semula 240Hz pada harga RM10,099.
Promosi ini akan tamat pada 30 April 2024 dengan ketersediaan stok yang terhad dan hanya tersedia untuk pembelian melalui laman web Samsung sahaja.
{suggest}
Sumber: Samsung Malaysia