Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Secara Tidak Sengaja Mengesahkan Ciri Kamera Galaxy S9 Di Laman Sesawang Mereka

Posted on Januari 23, 2018Januari 23, 2018

Jika sebelum ini tular mengenai kotak yang dikatakan akan digunakan bagi menjual bersama peranti terbaru mereka yang mendedahkan beberapa ciri-ciri kamera utama peranti Samsung Galaxy S9, harini di laman sesawang Samsung pula menunjukkan beberapa ciri-ciri penting yang sama dengan apa yang keluar sebelum ini.

Maklumat terbaru yang diperolehi adalah modul kamera untuk peranti telefon pintar mereka akan dilengkapi 3 lapisan FRS (Fast Readout Sensor) yang membolehkan kamera mengambil video resolusi penuh (HD) pada 480 bingkai sesaat.

Laman sesawang itu mendedahkan sensor kamera terbaru mereka yang dipanggil ISCOCELL yang besar kemungkinan akan digunakan Samsung untuk peranti Galaxy S9 mereka.

Tambahan lagi, sensor terbaru ini dikatakan boleh menyokong satu lagi fungsi iaitu autofokus Super PD (Phase Detection) dimana Samsung berkata sensor ini boleh mengenalpasti dengan cepat objek bergerak pantas pada jarak jauh walaupun dalam keadaan kurang cahaya.

Galaxy S9 dijangka akan diumumkan kepada orang ramai di MWC (Mobile World Congress) 2018 di Barcelona yang bermula pada 28 Febuari ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress