Awal bulan ini Samsung menawarkan kemaskini Android Oreo kepada peranti Galaxy S8 dan S8+.
Namun beberapa ketika selepas itu mereka menghentikannya akibat terdapat sedikit masalah pada kemaskini berkenaan.
Setelah seminggu digantung, kemaskini Oreo untuk S8 dan S8+ dilapor sudah mula ditawarkan semula, dimana sebilangan pengguna di Jerman ada menerima kemaskini G950FXXU1CRB7 untuk S8 dan G955XXU1CRB7 untuk S8+
Versi kali ini turut mengandungi patch sekuriti Februari 2018 dari Google serta penambahbaikan Samsung Experience UX.
Sumber: Gizchina