Samsung Electronics secara rasmi memperkenalkan cip binaan 3nm mereka pada dunia. Pengeluarannya telah bermula hujung Jun lalu.
Kumpulan pertama akan dibekalkan pada syarikat yang mereka bentuk cip untuk perlombongan kriptowang dari China.
Ia dihasilkan di kilang Samsung yang terletak di Hwaseong, bukan Pyeongtaek yang dilengkapkan dengan peralatan yang lebih canggih.

Generasi kedua cip 3nm ini dirancang akan mula dihasilkan tahun depan manakala binaan 2nm pula seawal 2025.
Ini dilihat sebagai salah satu usaha Samsung menyaingi TSMC dari Taiwan dalam industri pembangunan mikrosemikonduktor.

Lapor Business Korea, pembeli yang akan menerima kumpulan pertama cipo 3nm ialah syarikat China yang melombong kriptowang dan ia bukanlah pelanggan untuk jangka masa panjang kerana keadaan pasaran mata wang kripto yang tidak tentu.
Sumber: Samsung, Business Korea, Korea Herald