Seminggu lagi untuk Samsung mengadakan acara mereka pada 23 Ogos dan mereka telah mengeluarkan video berdurasi 30 saat yang serba sedikit memberi petunjuk mengenai peranti Note 8 mereka.
Video bertajuk “Do bigger things” itu membayangkan tema mengenai acara itu dan menyamai apa yang mereka buat untuk Galaxy S8 mereka cuma tambahan S-Pen mereka yang ikonik dengan siri Galaxy Note 8.
https://youtu.be/dIJ45mImgqc
Khabar angin sebelum ini mengatakan yang peranti Galaxy Note 8 itu akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 835 atau Exynos 8895 dan menampilkan paparan Infinity Display.