Baru-baru ini, Samsung telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Maison Margiela, rumah fesyen mewah Perancis yang dikenali dengan estetika yang tidak konversional, reka bentuk eksperimen dan kasut but tabi pada tahun 1988 untuk kali yang kedua. Peranti yang dipilih untuk kerjasama kali ini ialah Galaxy Z Flip5.
Untuk kolaborasi mereka yang pertama, Samsung Galaxy Z Flip4 telah menjadi pilihan.
Ketua Pemasaran Samsung Electronics, Stephanie Choi, menekankan bahawa kerjasama bagi kedua-dua peranti ini adalah khas untuk pengguna yang mengutamakan keperibadian diri.
Samsung Galaxy Z Flip5 X Maison Margiela
Galaxy Z Flip5 edisi Maison Margiela ini menawarkan reka bentuk kaca di belakang telefon yang menunjukkan kerja dalaman jaket Maison Margiela dengan gabungan kesan warna perak dan logam.
Dalam pada itu, edisi ini hadir dengan sarung kulit flap dengan ketilitian kulit hitam dan label logo Maison Margiela dan sarung flipsuit dengan dua kad yang berbeza corak memaparkan reka bentuk penomboran (percikan cat dan plat perak).
Ketersediaan model ini adalah terhad untuk pasaran Korea Selatan, China dan Hong Kong pada 30 November 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Samsung.
Beli Samsung Galaxy Z Flip5 di:
Shopee – https://invl.io/clkbt8y
Lazada – https://invol.co/clkbt96
{suggest}
Sumber: Samsung Newsroom