Samsung Internet adalah satu aplikasi pelayar yang hanya tersedia bagi peranti Android sahaja. Namun kini, Samsung telah memperluaskan wilayah aplikasinya untuk digunakan di Windows.
Antara faedah keberadaan Samsung Internet ini dalam sistem dekstop adalah penyegerakan data pelayar antara telefon pintar dan PC.
Namun begitu, pihak Samsung kelihatan masih belum menyokong penyegerakan (synchronize) data ini untuk platform Windows dengan sepenuhnya. Hal ini telah diperhatikan dan disimpulkan bahawa hanya sejarah pelayar, bookmarks, halaman yang disimpan dan tab terbuka sahaja akan disegerakkan buat masa ini. Situasi yang sama masih belum diperlakukan bagi kata laluan.
Tambahan lagi, anda boleh mengimport masuk sejarah pelayar, bookmarks dan enjin carian dari pelayar yang lain seperti Google Chrome dan Microsoft Edge. Selain itu, Samsung Internet juga mempunyai sokongan penyekat iklan, mod incognito, sokongan extension, mod terang dan gelap dan lain-lain.
Di samping ciri yang ditawarkan, prestasi Samsung Internet didapati kurang memuaskan apabila pemerhatian terhadap ciri asas seperti penatalan di sesuatu halaman dilaporkan lambat dan lewat sedikit dari gerakan tetikus.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba pelayar Samsung Internet ini, anda boleh dapatkannya di laman web Microsoft Store secara percuma.
{suggest}
Sumber: SamMobile