Baru-baru ini, Samsung Electronics telah mengadakan satu acara global, ‘Welcome to BESPOKE AI‘ bagi memaparkan kemampuan teknologi kecerdasan buatan mereka yang mana mampu diaplikasikan dalam setiap tugasan harian di rumah.
Antara yang diperlihatkan dalam acara tersebut adalah paparan LCD bersaiz 7 inci yang diterapkan kepada perkakasan di dalam rumah seperti peti ais, ketuhar dan juga mesin basuh.
Hanya dengan berbekalkan rangkaian Wi-Fi, kamera pemerhati, cip ‘AI’ serta kesepadanan sesuatu perkakasan itu dengan aplikasi SmartThings, para pengguna mampu untuk memberi arahan penjagaan barangan ataupun pelaksanaan tugas dari jarak jauh.
Untuk berbuat perkara sedemikian, para pengguna boleh berinteraksi dengan perkakasan rumah melalui ‘3D Map View‘ yang disertakan dalam aplikasi SmartThings.
Antara produk yang diperlihatkan dalam acara itu yang menyokong teknologi kecerdasan buatan ini terdiri daripada:
- Bespoke French Door Refrigerator with AI Family Hub+
- Bespoke Infinite Induction Line, Bespoke AI Laundry Combo
- Bespoke Jet Bot Combo AI
- Bespoke Jet AI
- Bespoke Cube Air Infinite Line
- 4-Door French Door Refrigerator with AI Family Hub
Beli produk Samsung di:
Shopee – https://invl.io/clkuhe2
Lazada – https://invol.co/clkuhe6
{suggest}
Sumber: Siaran Media Samsung