Jam pintar terbaharu dari Samsung, Galaxy Watch3 hadir dengan penawaran rekaan premium dengan fungsi-fungsi penjejakan kesihatan telah dilancarkan.
Samsung Malaysia juga baru sahaja mengumumkan bahawa jam ini boleh dipra-tempah bermula hari ini (6 Ogos 2020 sehingga 20 Ogos 2020) bermula dengan harga RM1,699.
Terdapat 2 varian Galaxy Watch3 yang ditawarkan iaitu:
- Galaxy Watch3 45mm (Mystic Black / Mystic Silver) – RM1,799
- Galaxy Watch3 41mm (Mystic Bronze / Mystic Silver)- RM1,699
Pra-tempahan jam ini akan mendapatkan anda sebuah pad pengecasan tanpa wayar dari Samsung yang bernilai RM239 secara percuma.
Untuk membuat pra-tempahan, ia boleh didapati di kedai Samsung Experience Store, pengedar sah Samsung dan juga laman rasmi Samsung.