Berita penting buat anda yang sedang menunggu peranti flagship Samsung Galaxy S9 dan S9+, ia dikhabar akan membuat kemunculan pada penghujung Februari depan.
Melalui tweet, Evan Blass menyatakan bahawa kedua-dua peranti ini bakal dilancarkan pada 26 Februari disusuli dengan pra-tempah pada 1 Mac dan penawaran secara fizikal dikedai pada 16 Mac.
According to a C-level executive at a major casemaker, the go-to-market schedule for Galaxy S9 / S9+ is as follows:
Launch – 2/26
Pre-orders – 3/1
Ships/releases – 3/16— Evan Blass (@evleaks) January 16, 2018
Tarikh pelancaran merupakan hari pertama berlangsungnya Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) dan ia dilihat sedikit pelik kerana sebelum ini, peranti siri S diperkenalkan sehari sebelum acara tersebut berlangsung.
Ramai pihak berharap siri S9 dibangunkan dengan reka bentuk yang menarik seperti bingkai yang lebih nipis berbanding edisi sebelumnya, tetapi difahamkan atas sebab-sebab tertentu, ia tidak dapat dikeluarkan.
Berkemungkinan besar, rekaan Galaxy S9 tidak mempunyai perbezaan ketara dengan Galaxy S8.