Samsung Malaysia kini mengumumkan ketibaan salah satu telefon pintar kelas pertengahan, Samsung Galaxy M54 5G di pasaran Malaysia melalui siaran media mereka di Facebook.
https://www.facebook.com/SamsungMalaysia/posts/pfbid033gM84HCk7rSKgNZGREppiQFRfKZq29RHZk3f2WqYisBpnSc1ktCgfsR995AfQLHyl?ref=embed_post
Telefon pintar ini dikuasakan dengan cipset Exynos 1380 SoC dengan kelajuan 2.4GHz dan dipasangkan bersama konfigurasi 8GB RAM serta 256GB untuk kapasiti storan.
Paparan skrinnya pula adalah Super AMOLED Plus bersaiz 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1080 x 2400 px. Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP serta kamera swafoto 32MP.
Kapasiti bateri yang digunakan adalah 6,000mAh dan disertakan sekali dengan pengecasan 25W melalui USB-C.
Walaupun ketersediaan Galaxy M54 5G ini dijual pada harga RM2,099 di mana-mana cawangan Samsung Malaysia, gedung dalam talian Lazada kini menawarkan harga RM1,599 dengan potongan sebanyak 27%.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Malaysia.
beli di Lazada – https://invol.co/clkg4v0
{suggest}
Sumber: Samsung