Seperti diketahui, Samsung akan melancarkan siri Galaxy S24 melalui acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung 18 Januari nanti. Setakat ini, Galaxy S24 Ultra dan S24+ dijangka akan menyokong pengecasan 45W, manakala model asas Galaxy S24 dengan 25W.
Walaupun begitu, peniris terkenal Roland Quandt kini melaporkan Samsung sedang membangunkan dua pengecas baharu.
{suggest}
Pertamanya ialah Samsung Charger Duo 50W berwayar, yang mana akan mempunyai dua port USB-C. Kemungkinan besar ia menyokong maksimum 45W jika menggunakan satu port dan 2x 25W apabila kedua-duanya digunakan. Nombor model pengecas ini ialah EP-T5020.
Samsung Charger Duo 50W (2x USB-C wired fast charger) EP-T5020 incoming.
and they'll have an updated 45W charger as well, EP-T4511 (old one is EP-T4510)
— Roland Quandt (@rquandt) January 4, 2024
Sementara satu lagi ialah versi baharu Samsung 45W Power Adapter (EP-T4510) dikenali sebagai EP-T4511. Tidak jelas perbezaan bagi kedua-dua model, tetapi pengecas ini sepatutnya akan mempunyai satu port USB-C yang sama seperti model lama.
Seperti sedia maklum, Samsung tidak lagi memasukkan pengecas dalam kotak pembelian telefon. Dengan itu, sudah pasti pengecas baharu ini juga akan dijual secara berasingan.
- Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clkj6l5
- Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clkj6l3
Sumber: GSMArena