Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Dijangka Tawar Peranti Boleh Lipat Mampu Milik Tahun 2024

Posted on Ogos 23, 2023Ogos 23, 2023

Samsung baru sahaja memperkenalkan barisan telefon boleh lipat mereka – Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5. Kini terdapat ura-ura yang mengatakan Samsung akan memperkenalkan peranti boleh lipat Fan Edition pertama mereka.

Perkara tersebut didedahkan oleh pemberi maklumat Revegnus – individu yang mendedahkan sensor kamera baharu Samsung yang akan datang.

The S23 FE is set to be released soon, and there are possibilities that Samsung plans to consistently introduce the FE brand annually. Simultaneously, there are rumors of ongoing testing for the launch of the Galaxy Z FE(lite model), after the Fold/Flip 6.

— Revegnus (@Tech_Reve) August 20, 2023

Berdasarkan ciapan beliau, Samsung merancang untuk melancarkan Galaxy Z FE selepas pelancaran Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 pada tahun 2024 depan.

Menariknya lagi, Samsung juga didakwa akan lebih fokus ke atas barisan peranti FE mereka bermula dengan Galaxy S23 FE yang bakal tiba tidak lama lagi.

{suggest}

Oleh itu, kita boleh menjangkakan kehadiran peranti Samsung Fan Edition yang berterusan bermula pada tahun depan.

Beli Samsung Galazy Z Fold5 – https://invol.co/cljf11r

Beli Samsung Galazy Z Flip5 – https://invl.io/cljf124

Sumber: X

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress