Daripada 1 Mac hingga 30 April 2024, Samsung Malaysia ada mengadakan promosi jualan untuk beberapa produk yang terdiri daripada TV, Audio Visual (AV), peti ais, mesin basuh dan lain-lain sempena Hari Raya Aidilfitri 2024.
Antara produk yang terlibat dalam promosi ini adalah Smart TV Neo QLED 8K bersaiz 85 inci lebar yang digandingkan dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos.
Selain itu, turut disediakan peti ais model Bespoke FDR yang dilengkapi dengan teknologi SmartThings yang membekalkan anda pengetahuan tentang kaedah penjagaan dan panduan memasak melalui aplikasi SmartThings di telefon pintar.
Produk-produk lain yang terpilih boleh rujuk gambar di bawah.
Tambahan lagi, setiap pembelian produk-produk di atas disediakan mata iaitu Ketupat Points yang mewakili jumlah kredit dalam ringgit Malaysia untuk Touch n’ Go eWallet.
- 5 Ketupat = RM500
- 6 Ketupat = RM600
- 7 Ketupat dan ke atas = RM700
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Samsung.
Beli produk Samsung di:
Shopee – https://invl.io/clktekl
Lazada – https://invol.co/clktekr
{suggest}
Sumber: Siaran Media Samsung Malaysia