Samsung Australia berkolaborasi dengan sebuah jenama jeans di Australia, Dr Denim untuk rekaan seluar jeans khas iaitu ‘Z Flip Pocket Denim‘, mengambil semangat rekaan lipat unik pada Galaxy Z Flip3.
Jika rekaan seluar biasa menampilkan dua poket di belakang, namun edisi terhad ini hadir tanpanya dan meletakkan sebuah poket di hadapan dan saiznya disuaikan untuk Galaxy Z Flip3.
Rekaan ini terhad tersedia untuk 450 pasang jeans sahaja dan yang menariknya setiap pembelian jeans ini akan turut hadir dengan sebuah Galaxy Z Flip3.
Z Flip Pocket Denim dijual pada harga AUD1,499 (~RM4,645) dan boleh didapati di laman web Dr Denim. Mengambil kira harga Galaxy Z Flip3 lebih kurang RM4,000, ini menjadikan harga sepasang jeans sekitar RM600.
Sumber: Samsung Australia
Baca juga: