Baru-baru ini, Samsung Electronics Malaysia telah melancarkan pembersih vakum, BESPOKE Jet Plus dengan kelengkapan perkakasan “All-In-One Clean Station” dan berfungsi secara wayarles.
Untuk pengetahuan anda, kuasa penyerapan pembersih vakum ini dilengkapi dengan teknologi Jet Cyclone yang mampu memerangkap habuk dalam kadar 99.999 peratus dengan sokongan kuasa 580W dan daya sedutan 135,000 rpm.
Selain itu, ia juga hadir dengan berus LED Slim untuk pembersihan yang menyeluruh serta “Pet Tool+” yang direka khas untuk mengaut dan membersih bulu-bulu haiwan yang halus.
Tambahan pula, BESPOKE Jet Plus ini juga dilengkapi dengan paparan LCD bagi memberikan penggunanya pengetahuan tentang tahap kuasa penggunaan semasa, status baki masa operasi, pemberitahuan ralat, status pengecasan bateri dan lain-lain.
Harga untuk ketiga-tiga model BESPOKE Jet yang mempunyai berat hanya 1.44kg ini adalah seperti berikut.
- BESPOKE Jet Plus Premium Extra = RM4,599
- BESPOKE Jet Plus Premium = RM4,199
- BESPOKE Jet Plus Pet = RM3,899
Tambahan lagi, setiap pembelian produk-produk di atas dari tempoh 1 Mac hingga 30 April 2024 akan disertakan jaminan produk selama 5 tahun.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Samsung