Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa pendekatan Samsung Electronics terhadap teknologi kecerdasan buatan dalam generasi terbaru penciptaan Samsung TV bakal dipersembah dalam acara ‘Unbox & Discover 2024‘.
Acara tersebut bakal diadakan secara strim langsung di saluran YouTube Samsung Malaysia pada 27 Mac 2024 pukul 9 malam waktu tempatan.
Menurut pihak mereka, inovasi Samsung AI TV ini bakal menampilkan kejayaan dalam penguasaan kualiti paparan yang mempunyai resolusi 8K, kualiti output bunyi yang baik dan rangkaian isyarat tanpa gangguan.
Untuk maklumat yang lebih lagi, sila layari laman web Samsung Newsroom Malaysia dan halaman Facebook Samsung.
Beli produk Samsung di:
Shopee – https://invl.io/clkuhe2
Lazada – https://invol.co/clkuhe6
{suggest}
Sumber: Siaran Media Samsung