Perkara yang menarik semasa pelancaran siri Samsung Galaxy S21 adalah sokongan S Pen pada varian Ultra. Walaupun ia dijual secara berasingan tetapi ia merupakan penambahan baharu dalam siri ini.
Tambahan lagi, S Pen yang menyokong Galaxy S21 Ultra tidak mempunyai ciri-ciri seperti mana yang terdapat pada siri Galaxy Note 20. Oleh itu, Samsung akan memperkenalkan Pen dengan rekaan lebih besar yang dipanggil sebagai S Pen Pro untuk menyokong Galaxy S21 Ultra.
Seperti yang dinyatakan, S Pen Pro ini adalah lebih besar berbanding S Pen. Malah, ia turut kelihatan seperti Apple Pencil tetapi dalam warna hitam.
Apa yang membezakan versi Pro dengan standard adalah ciri Bluetooth dan juga air gestures. Ini bermakna, S Pen pada Galaxy S21 Ultra tidak sama seperti pada siri Note.
Sekiranya anda seorang pengguna S Pen yang tegar, kemungkinan anda boleh menunggu versi Pro ini dilancarkan memandangkan ia hadir dengan ciri tambahan.
Sumber: gizmochina