Kejohanan PUBG MOBILE Super League (PMSL) Musim Bunga Asia Tenggara 2024 yang telah pun berlangsung dari 21 Februari 2024 kini semakin hampir ke penghujungnya.
Kesemua peminat permainan PUBG MOBILE dan pasukan yang akan bertanding dalam acara Grand Finals daripada 15 Mac hingga 17 Mac 2024 ini dijemput hadir untuk memeriahkan Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya kerana tiket masuk adalah percuma.
Anda berpeluang untuk menyaksikan sebanyak 16 pasukan dari seluruh Asia Tenggara dan tiga pasukan daripadanya akan mewakili Malaysia iaitu Yoodo Alliance (YALL), SEM9 dan GeekFam (GEEK).
Jadual perlawanan adalah seperti di bawah dan ia akan bermula seawal jam 4:30 petang hari ini serta disiarkan dalam Bahasa Malaysia.
Tambahan pula, semua pengunjung juga berpeluang untuk melawati ruang aktiviti PUBG MOBILE Ramadan dan Republic of Gamers (ROG) yang menampilkan aktiviti cuba uji telefon pintar gaming ROG Phone 8 serta beberapa sagu hati daripada ROG untuk dimenangi.
Bagi yang tidak berpeluang untuk pergi, anda boleh saksikan perlawanan itu di YouTube PUBG MOBILE Esports.
{suggest}
Sumber: Siaran Media PUBG