Galeri Akademi Master Potret realme kini dilancarkan yang mana ia menampilkan gambar-gambar potret daripada peranti terbaru mereka, siri realme 12 5G. Galeri ini dibuka kepada orang ramai bermula 5 April hingga 10 Mei di Eslite Spectrum, Starhill, Kuala Lumpur.
Bukan itu sahaja, pengunjung yang hadir juga boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan siri realme 12 5G dan mencuba kemampuan fotografinya di sana.
{suggest}
Imbas kembali, realme 12 Pro+ 5G merupakan telefon kelas pertengahan pertama yang menawarkan lensa telefoto periskop 64MP. Ia juga dilengkapi cip Snapdragon 7s Gen 2, memori 12GB, storan 512GB, pembesar suara stereo dan bateri 5,000mAh.
Sekiranya anda berminat, berikut merupakan butiran Galeri Akademi Master Potret realme:
- Lot 108 Pop-up Store (Galeri) dan Lot 119 (Experiential Zone), Eslite Spectrum, Starhill, Kuala Lumpur
- Galeri: 5 April hingga 10 Mei
- Zon Pengalaman: 5 April hingga 25 April
- Kemasukan percuma
Beli produk realme di:
Shopee – https://invl.io/clkov73
Lazada – https://invol.co/clkov74
Sumber: Siaran Media realme Malaysia