Berdasarkan kajian, saintis mendakwa planet kita akan dihentam satu ribut angkasa yang mampu melumpuhkan dunia digital dan internet.
Apabila bencana tersebut berlaku, berkemungkinan besar kerosakan dan panik yang berlaku tidak dapat digambarkan kesannya.
{suggest}
Dr. Benjamin Pope, University of Queensland di Australia menyatakan:
“Berdasarkan data terkumpul, terdapat 1 peratus kebarangkalian yang kita akan dilanda bencana ini dalam tempoh sedekad akan datang”.
Bencana yang digelar Kejadian Miyake ini adalah satu letupan gergasi radiasi kosmik yang dianggarkan melanda Bumi setiap seribu tahun.
Berdasarkan teori utama, saintis berpendapat bahawa bencana itu datangnya daripada fenomena nyalaan suria di matahari. Sekiranya teori ini benar, besar kemungkinan dunia akan dilanggar ribut suria yang terburuk dalam sejarah dalam dekad ini.
Justeru, umat manusia terpaksa menempuhi semula zaman batu dek kerana kelumpuhan teknologi digital dan elektronik adalah salah satu daripada kesannya.
Sumber: Daily Record, Live Science