Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Saintis Ramal Kemunculan Lebih Banyak Pelangi Menjelang Tahun 2100

Posted on November 3, 2022November 3, 2022

Hasil daripada kajian yang dijalankan saintis meramalkan, dunia akan melihat lebih banyak kemunculan pelangi menjelang tahun 2100.

Menurut saintis yang mengkaji perkara itu bernama Kimberly Carlson dari Jabatan Pengajian Alam Sekitar Universiti New York, ia kesan daripada perubahan iklim yang sedang dialami dunia.

“Saya tertanya-tanya bagaimana perubahan iklim boleh menjejaskan peluang melihat pelangi seperti hari ini.” Kimberly Carlson.

Saintis itu menganggarkan menjelang tahun 2100, purata lokasi tanah di Bumi akan mengalami kira-kira 5% lebih banyak hari dengan pelangi berbanding pada awal abad ke-21.

Walau bagaimanapun, tempat-tempat dengan hujan yang berkurangan di bawah perubahan iklim seperti di Mediterranean dijangka akan kehilangan hari dengan pelangi.

“Perubahan iklim akan menjana perubahan meluas dalam semua aspek kehidupan manusia di Bumi. Peralihan di bahagian tidak ketara persekitaran kita – seperti bunyi dan cahaya – adalah sebahagian daripada perubahan ini dan patut mendapat perhatian lebih daripada penyelidik, “Kimberly Carlson.

Sumber:hawaii.edu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress