Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rusia Ada Cip Komputer Buatan Sendiri, Masih ‘Mentah’ Tapi Ada Potensi

Posted on Februari 2, 2023

Rusia mempunyai 2 cip yang dinamakan Elbrus dan Baikal di mana cip-cip tersebut membuatkan Intel dan AMD terpaksa memberhentikan jualan mereka di negara itu.

Moscow Center of SPARC Technologies (MSCT) adalah pembangun CPU Elbrus-8SV yang hadir dengan 8 teras pada kelajuan 1.5GHz. Elbrus-8SV ini menggunakan teknologi nod pemprosesan 23nm TSMC.

Mengejutkan, cip ini menunjukkan kemampuan prestasi yang agak baik walaupun bukan seperti sebuah cip yang sudah lama bertapak dalam industri ini.

Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan di atas, kita tahu cip ini masih jauh lagi daripada menjadi sebuah cip gaming. Tetapi MCST dilapor akan memperkenalkan Elbrus-16C, sebuah 16nm yang baru dengan 16 teras pada kelajuan 2GHz.

Berbanding Elbrus-8SV, cip baru ini menawarkan 160% peningkatan dan penambahbaikan spesifikasi. Oleh itu, kita tidak boleh nafikan cip Rusia ini mempunyai potensi tersendiri tetapi masih jauh daripada menjadi setara AMD atau Intel.

{suggest}

Sumber: Tom’s Hardware

Gambar utama: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress