ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan jalinan kerjasama dengan MOONTOON Games dengan menjadikan ROG Phone 6 sebagai peranti rasmi untuk kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M5 World Championship 2023.
ROG Phone 6 yang terkenal dengan prestasi dan ciri-ciri canggih telah menjalani ujian yang ketat yang dijalankan oleh pihak ROG dan MOONTOON Games untuk mengesahkan bahawa peranti ini layak digunakan untuk kejohanan dunia.
Hadiah yang ditawarkan untuk kejohanan kali ini adalah sebanyak AS$ 900,000. Lenny Lin, Pengurus Pembangunan Perniagaan ASUS Malaysia berkata, tujuan mereka menyediakan peranti ini adalah untuk memberikan pengalaman gaming yang terbaik kepada pemain.
ROG Phone 6 lebih daripada memenuhi permintaan standard pemain professional sekali gus menjadikan e-sukan MLBB sebagai sukan yang terbaik dalam kelasnya.
Peranti ini akan disediakan seawal peringkat Wild Card. Selain itu, ROG Phone 6 edisi MLBB M5 turut akan disediakan kepada peminat MLBB untuk merasai sendiri pengalaman menggunakannya.
Peminat yang ingin mengetengahkan bakat mereka boleh menyertai Wild Card 1v1 Fan Cup dan berpeluang memenangi ROG Phone 6 MLBB M5 edisi khas serta hadiah menarik lain yang ditaja oleh ROG dan Hotlink.
ROG Phone 6 edisi khas MLBB menjadi satu-satunya peranti gaming yang direka khas untuk pemain yang diperakui oleh pakar.
{suggest}
Sumber: Siaran Media ROG