Sebelum ke tajuk utama, Resident Evil 4 merupakan permainan survival seram yang dihasilkan syarikat Capcom pada tahun 2005. Namun begitu, mereka mengambil tindakan untuk memperbaiki RE4 kerana penerbit siri Resident Evil, Hiroyuki Kobayashi, beranggapan permainan ini mempunyai ruang-ruang kosong yang boleh diperbaiki di dalamnya.
Hal ini kerana konsep utama Resident Evil 4 pada tahun 2005 adalah lambang kehidupan semula permainan video. Selepas itu, permainan ini telah diterbitkan semula dengan nama baru iaitu Resident Evil 4: Remake pada 23 Mac 2023.
Sehubungan dengan itu, permainan ini juga telah tersedia untuk dimainkan di peranti telefon pintar iPhone 15 Pro seperti yang telah dikatakan dalam artikel sebelum INI.
Namun kini, Resident Evil 4: Remake telah tersedia untuk pengalaman VR dengan paparan 4K HDR dan pandangan orang pertama (first-person view) yang hanya boleh dimainkan dengan peranti PlayStation VR2 dan Meta Quest 2.
Jika anda mempunyai konsol PS5, anda akan dapat kemas kini ini secara percuma yang mengandungi mod VR pada 8 Disember 2023.
Anda boleh dapatkan peranti PlayStation VR2 ini di gedung talian Shopee.
{suggest}
Sumber: PlayStation Blog