Selepas telefon pintar siri Redmi Note 13 rasmi untuk pembelian rakyat Malaysia pada awal bulan Januari 2024 yang lalu, ia telah mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia.
Hal ini kerana pihak Xiaomi telah mengumumkan dua telefon pintar siri Redmi Note 13, iaitu Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G telah mencapai peningkatan lebih 200 peratus untuk jualannya di Malaysia dalam tempoh satu minggu.
Untuk kedua-dua model di atas, ia menggunakan cip pemprosesan yang berbeza iaitu Snapdragon 7s Gen 2 untuk model Pro dan MediaTek Dimensity 7200 Ultra untuk model Pro+.
Selain itu, dua model ini turut dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED FHD 6.67 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz.
Kamera utamanya pula adalah jauh berbeza dengan model standard iaitu 200MP untuk model Pro dan Pro+ serta kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.
Bagi anda yang berminat, anda boleh beli produk Redmi Note 13 ini di:
Shopee – https://invl.io/clkl1is
Lazada – https://invol.co/clkl1iz
{suggest}
Sumber: Siaran Media Xiaomi Malaysia