Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Redmi Note 13 Pro+ Akan Hadir Bulan Ini, Pertama Guna Dimensity 7200-Ultra

Posted on September 11, 2023September 11, 2023

November 2022, Redmi telah memperkenalkan siri Redmi Note 12 dan telah rasmi ke pasaran Malaysia pada pertengahan tahun ini. Kini Redmi melalui Weibo telah mengesahkan kehadiran siri Redmi Note 13 dengan spesifikasi yang menarik.

@wisermy

Fuhh smartphone midrange pertama yang menggunakan kamera 200MP OIS, dengan ciri-ciri flagship lagi. Harga boleh dapat bermula RM 1599 je. #RedmiNote12series #LiveVivid #200MPCamerawithOIS #120HzFlowAmoled #120WHyperCharge

♬ Cupid (Twin Ver.) – FIFTY FIFTY

Dalam perkongsian Redmi pada hari ini, siri Redmi Note 13 akan dilancarkan pada bulan September ini. Dan sudah semestinya itu untuk pasaran China terlebih dahulu.

Namun, tarikan utama yang didedahkan di Weibo itu tidak lain dan tidak bukan adalah Redmi Note 13 Pro+, model paling berkuasa dalam siri ini.

Spesifikasi Redmi Note 13 Pro+

Redmi Note 13 Pro+ dikuasakan cip 4nm Dimensity 7200-Ultra, GPU Mali-G610 MP4 dan modem 5G yang sokong teknologi MediaTek 5G UltraSave 2.0.

Menariknya lagi, Dimensity 7200-Ultra adalah sebuah cip baharu daripada MediaTek dan Redmi Note 13 Pro+ adalah peranti pertama yang dikuasakan cip tersebut.

Sama seperti model Pro+ dalam siri terdahulu, Note 13 juga dilengkapi lensa 200MP melalui sensor Samsung ISOCELL HP3 yang telah diubah suai.

{suggest}

Walaupun tiada tarikh tepat, Redmi berkemungkinan besar akan melancarkan siri Redmi Note 13 pada minggu keempat bulan ini.

Beli Peranti Xiaomi di Shopee: https://invl.io/cljmlyt

Beli Peranti Xiaomi di Lazada: https://invol.co/cljmlz1

Sumber: Weibo, GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress