Sebelum ini, Redmi 12C dilancarkan pada bulan Mac lepas, kini Redmi 12 rasmi dan tersedia untuk dibeli di negara jiran kita, Thailand.
Menariknya lagi, peranti ini hadir dengan rekaan estetik seakan-akan peranti Apple iPhone.
Spesifikasi Redmi 12
Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Helio G88, pilihan memori RAM 4GB / 8GB dan storan 128GB / 256GB untuk pengguna serta slot kad mikroSD.
Redmi 12 dilengkapi skrin LCD berukuran 6.79″ beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 90Hz.
Untuk kamera, Redmi 12 mempunyai tetapan 3 kamera – 50MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 8MP swafoto. Peranti ini disokongkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.
Peranti ini menggunakan MIUI 14 berasaskan Android 13, sokong perlindungan IP53, bicu audio 3.5mm dan hadir dalam 3 pilihan warna – Midnight Black, Sky Blue dan Polar Silver.
{suggest}
Ketika ini, Redmi 12 (8/128GB) dijual pada tanda harga THB5,299 (~RM704.82) dan peranti ini mungkin akan memasuki Malaysia seawal Julai depan.