Sempena menyambut ulang tahun ke-4 mereka tahun ini, realme akan menawarkan produk-produk mereka pada harga yang sangat menarik pada 28 Ogos nanti di platfom e-dagang Shopee dan Lazada.
Berikut adalah 9 produk realme yang akan menerima diskaun sehingga 70%.
{snap}
1. realme C11 (2+32)
realme C11 model 2021 ini ditawarkan hanya pada harga RM349 sahaja. Telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh, skrin 6.5 inci, storan 32GB dan RAM 2GB serta kamera utama 8MP.
{snap}
2. realme C11 (4+64)
Untuk model realme C11 model 2021 yang dilengkapi dengan storan 64GB dan RAM 4GB pula, ia ditawarkan hanya pada harga RM449 sahaja.
{snap}
3. realme C35
realme C35 dilengkapi dengan storan 128GB dan RAM 4GB, kamera berkuasa 50MP serta bateri 5000mAh.
Ia hanya akan dijual pada harga RM719 sahaja pada 28 Ogos nanti.
Tetapi anda juga boleh dapatkan model realme C35 dengan spesifikasi RAM 4GB dan storan 64GB pada harga RM649 sahaja.
{snap}
4. realme Motion Activated Night Light
Lampu malam bermagnet ini sesuai digunakan di pelbagai ruang di dalam rumah seperti bilik tidur, dapur dan lain-lain.
Lampu ini yang biasanya dijual pada harga RM99 hanya akan dijual pada harga RM29 sahaja pada 28 Ogos nanti.
{snap}
5. realme Pad Mini (wifi)
Jika anda mencari tablet harga mampu milik, berharga kurang dari RM600, realme Pad Mini menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Tablet mini ini dilengkapi dengan paparan LCD bersaiz 8.7 inci, dikuasakan oleh cip pemprosesan Helio G80 serta storan bersaiz 32GB dan RAM 3GB.
Ia juga dimuatkan dengan kamera belakang 8MP dan hadapan 5MP serta bateri 6400mAh.
{snap}
6. realme Pad X
Pada 23 Ogos itu nanti, realme turut akan melancarkan produk terbaru mereka iaitu realme Pad X.
Walaubagaimanapun, tiada harga dinyatakan untuk tablet terbaru itu setakat ini.
realme Pad X dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 695 5G, RAM6GB dan storan 128GB serta skrin bersaiz 10.95 inci dengan resolusi 2K.
{snap}
7. realme Buds Q2s
Bagi anda yang tercari-cari fon telinga tanpa wayar harga mampu milik tapi ada ciri premium, pembelian realme Buds Q2s pada ulang tahun ke-4 realme ini pastinya berbaloi.
Dijual hanya pada harga RM99 sahaja, ia dilengkapi dengan ciri pembatalan bunyi, tahan air (IPX4) dan bateri yang mampu bertahan sehingga 30 jam.
{snap}
8. realme Watch 2
Bagi anda yang mahukan sebuah jam pintar yang ada ciri-ciri premium pula, realme menawarkan jam pintar realme Watch 2 yang hanya berharga RM129 sahaja.
Antara ciri utama yang ada pada jam ini adalah sensor jantung, skrin sentuh bersaiz 1.4 inci, tahan air (IP68) dan menyokong fungsi bagi pelbagai aktiviti sukan.
{snap}
9. realme Watch 3
Selain tablet baru, realme juga akan mengumumkan jam pintar baharu mereka iaitu realme Watch 3.
Sedikit berbeza dengan versi sebelumnya, realme Watch 3 akan dilengkapi dengan skrin sedikit besar iaitu 1.8 inci.
Harga jualan bagi jam pintar ini akan diumumkan pada 23 Ogos nanti.