Dalam industri telefon pintar, boleh dikatakan realme merupakan sebuah jenama yang agak baru. Terkini, realme dilaporkan telah memintas Xiaomi untuk pasaran Asia Tenggara.
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Canalys, ia memperlihatkan jenama itu berada di tangga ke-4 untuk pasaran Asia Tenggara, bagi suku keempat 2020.
Menurut Canalys, realme berada di kedudukan 5 jenama teratas mengikut penghantaran ke Malaysia dan beberapa negara lain termasuk India, Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Thailand, Myanmar, Singapura dan sebagainya.
Sumber: Siaran akhbar realme