realme dijangka akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, realme GT Neo6 tidak lama lagi di mana ia dilihat telah disenarai menerusi laman JD.com.
Melaluinya, realme GT Neo6 menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3 serta pengecasan pantas 120W, mungkin dibekalkan bateri 5500mAh dan storan dalaman sehingga 1TB.
Dari spesifikasi lain, ia dikhabarkan tidak banyak beza dengan realme GT Neo6 SE yang mana skrin 6.78 inci AMOLED dengan resolusi 1.5k dan 120Hz. Peranti ini pun dijangka mempunyai kamera utama dengan OIS 50MP, 8MP ultra lebar dan 32MP swafoto.
Sekiranya spesifikasi yang dinyatakan itu benar, nampaknya realme GT Neo6 akan menjadi flagship killer bagi tahun ini .
Bagi yang tertanya-tanya, realme mungkin akan melancarkan realme GT Neo6 ini dalam masa terdekat dan tidak pasti bilakah ia akan dibawa masuk di Malaysia.
{suggest}
sumber: thetechoutlook