Selepas telefon pintar realme C67 masuk ke pasaran tempatan sewaktu fasa jualan pertamanya yang lalu, realme Malaysia kini telah menetapkan harga baru untuk telefon ini.
Harga baru yang dimaksudkan adalah:
- 8GB + 128GB =
RM799RM729 - 8GB + 256GB =
RM899RM799
Sebagai imbas kembali, telefon ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 689 serta menjalankan realme UI yang berasaskan Android 14.
Skrin pula adalah jenis FHD+ (2400 x 1080) bersaiz 6.72 inci dengan kadar segar semula 90Hz.
Dari sudut kamera, ia dilengkapi dengan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 2MP dan kamera swafoto 8MP.
Manakala baterinya pula mempunyai kapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 33W.
Beli realme C67 di:
Shopee – https://invl.io/clkshvg
Lazada – https://invol.co/clkshvj
{suggest}
Sumber: Siaran Media realme Malaysia