Syarikat telefon pintar realme bakal mengambil langkah pertama mereka dalam memulakan tahun baru 2024 dengan memasarkan telefon pintar realme C67 di Malaysia.
realme C67
Dengan cip Snapdragon 685, telefon pintar ini menjalankan realme UI yang berasaskan sistem pengendalian Android 14.
Konfigurasi yang digunakan pula adalah 8GB RAM yang digandingkan dengan dua pilihan storan iaitu 128GB dan 256GB.
Selain itu, realme C67 menggunakan paparan skrin IPS LCD 6.72 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 950 nits.
Selain daripada kapasiti bateri 5,000mAh dan pengecasan 33W, telefon pintar ini juga dipasangkan dengan kamera utama 108MP, kamera swafoto 8MP dan kamera ultra lebar 2MP.
realme C67 datang tersedia dengan dua pilihan warna iaitu Sunny Oasis dan Black Rock.
Walaupun tarikh ketibaannya telah ditetapkan pada 4 Januari 2024, harga rasminya masih belum diwar-warkan. Sila ke laman web rasmi realme Malaysia untuk maklumat lanjut.
Beli peranti realme di Shopee – https://invl.io/cljlj2g
Beli peranti realme di Lazada – https://invol.co/cljlj2p
{suggest}
Sumber: Siaran Media realme