realme C53 dilancarkan dengan harga RM599 untuk pasaran Malaysia tadi.
Ia dijana cip Unisoc T612 dengan RAM 6GB bersama storan ROM 128GB. Kad memori pula ditambah sehingga 2TB.
{suggest}
RAM maya boleh ditambah sehingga menjumlahkan semua sehingga 12GB.
Paparannya LCD bersaiz 6.74 inci degan kadar segar 90Hz.
Kamera di belakang ialan 50MP manakala swafoto pula 8MP.
Di dalamnya terkandung 5000mAh dengan sokongan pengecasan 33W.
Peranti ini menjalankan realmu UI T Edition berasaskan Android 13.
Mula dijual esok, dua warna tersedia ialah Champion Gold dan Mighty Black.
Beli realme C53
Selain itu, dua produk lain turut sama dilancarkan ialah TV 4K pada harga RM1599 dan penapis udara pada harga RM799.
Namun untuk masa terhad, TV tersebut dijual pada harga RM1099 dan Air Purifier pula RM699.
Sumber: Siaran Akhbar realme