Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C30

realme C30, Telefon Kelas Permulaan Bermula RM429

Posted on Julai 13, 2022Julai 13, 2022

realme C30 akan mula tersedia di Malaysia bermula 16 Julai 2022 ini serendah RM429. Ia merupakan salah satu model kelas permulaan terbaru daripada realme.

Cip Unisoc T612 menjadi enjin telefon ini selain dipertaruhkan dengan bateri 5000mAh dan skrin 6.5 inci 120Hz.

Storannya menggunakan teknologi UFS 2.2 untuk storan. Slot kad sim disediakan dua manakala sebuah lagi slot kad memori turut boleh digunakan.

Kamera di belakang pula dibantu sensor 8MP dengan apertur f/2.o dan swafoto pula 5MP.

Ia menyokong pengecasan pantas 10W dan ia pengecasnya tersedia dalam kotak.

Ia tersedia dalam dua pilihan:

  • 3GB+32GB – RM429 
  • 4GB+64GB – RM499

Klik pada pautan di bawah untuk beli.

  • Shopee
  • Lazada

Dengan corak yang timbul di belakang, tiga warna ditawarkan untuk telefon ini iaitu Lake Blue (biru), Bamboo Green (hijau) dan Denim Black (hitam).

Untuk spesifikasi lanjut, sila ke laman rasmi realme.

Sumber: Siaran akhbar realme Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress